Tuesday, August 27, 2013

intro


    
Anda telah menservis klac sebuah kenderaan dan didapati klac tersebut telah haus dan perlu ditukar baru. Terangkan langkah kerja yang perlu anda lakukan bagi

a)      Menanggal syaf pandu                                                             
b)      Menanggal klac.                                                                        
c)      Memeriksa perumah klac dan klac                                           
d)     Memasang semula klac yang baru                                 
>

Saturday, September 5, 2009


Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponen asas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear,klac,unit kerbeda dan sendi universal

Menservis syaf putar


Fungsi syaf putar ialah menghubungkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin melalui kotak gear ke unit kerbeda seterusnya ke roda. Langkah kerja menservis syaf putar boleh didapati kat sini..

Friday, September 4, 2009

Menservis syaf pandu



Fungsi syaf pandu ialah menghantar kuasa dari enjin melalui unit kerbeda bagi memusingkan roda hadapan.
Bagi mendapatkan langkah kerja menservis syaf pandu,sila klik-langkah kerja menservis syaf pandu ini


Monday, August 31, 2009

KLAC


Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya:
- penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancar
- membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancar
- membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac

Bagi mendapatkan info yang lebih untuk tajuk ini,klik tutorial

Sila klik di sini bagi mendapatkan langkah kerja menservis klac

KOTAK GEAR


Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pepasangan klac.
Fungsi gear:-
- untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan
beban pada kenderaan
- mewujudkan gear maju, undur dan bebas
- menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit
- membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral

UNIT KERBEDA

Fungsi:- untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok.
- Apabila kenderaan membelok,kuasa bebanan adalah berbeza dan menyebabkan
gear matahari sebelah dalam mempunyai lebih rintangan.
- Oleh itu gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang rintangan dan
hanya bergolek pada yang banyak rintangan
- ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berpusing lebih pantas daripada
roda sebelah dalam
Menservis unit kerbeda bagi modul penghantaran,anda perlu mahir untuk mengeluarkan dan menggantikan minyak kerbeda.Bagi mendapatkan langkah kerja kompetensi ini,klik pada-kerbeda

ALATAN TANGAN

Penggunaan alat tangan yang betul dan bersesuaian dengan kerja perlu diamalkan setiap masa bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan.
Terdapat pelbagai alatan tangan yang perlu anda tahu. Tahu nama alat,cara guna dan penyelenggarannya membantu anda untuk mahir dalam kerja menservis.
Sila ke sini-alatan tangan untuk tutorial yang lebih lengkap..




Sunday, August 30, 2009

PERAH OTAK

Soalan-soalan mirip SPM,ada berani?
test skill kamu,klik di bawah bagi mendapatkan soalan...
test power
skema jawapan

KERTAS SPM

KERTAS SEBENAR PEPERIKSAAN SPM (7106-1) MENSERVIS AUTOMOBIL
SPM 2008
SPM 2005