Sunday, August 30, 2009

TROUBLESHOOTING


Sebelum sesuatu penyakit dihidapi oleh pesakit,maka akan terlihat adanya gejala atau tanda-tanda tertentu. Demikian juga halnya dengan kenderaan bermotor, pada umumnya kerosakan-kerosakan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Ia akan mempunyai simptom-simptom tertentu atau tanda-tanda kelainan.
MASALAH 1:
Pada waktu kenderaan sedang berjalan,pedal minyak dipijak dan putaran enjin bertambah tinggi tetapi kenderaan tidak bergerak dengan cepat terutama ketika mendaki bukit dan bermuatan berat. Biasanya keadaan tersebut beserta bau getah yang terbakar.

MASALAH 2:
Meskipun pedal klac sudah dipijak penuh tetapi gear tidak dapat dipindahkan. Sementara itu terdapat bunyi gerisek gear di dalam kotak gear

MASALAH 3:
Pada waktu pedal klac dilepaskan,terdengar bunyi yang luar biasa tetapi apabila dipijak bunyi tersebut tidak kedengaran

MASALAH 4:
Bunyi yang terdengar di sekitar kotak gear menjadi semakin kuat,hal tersebut terjadi terutama pada waktu kenderaan bergerak pada gear yang rendah

MASALAH 5:
Pada waktu kenderaan sedang bergerak terdengar bunyi menderu di bahagian bawah tempat duduk belakang

PENYELESAIAN?
Adakah anda berjaya mencari penyelesaiannya? sila rujuk di sini-troubleshoot

No comments:

Post a Comment